Kad Pokemon RM172,000 yang dicuri berjaya dipulangkan selepas staf kedai tak berhenti membebel

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Beberapa pencuri dari Newmarket, Ontario, Kanada mencuri banyak kad bernilai sehingga RM172,000 pada 18 September lepas.

Kedai hobi yang dimaksudkan itu adalah Enter The Battlefield.

Ketika itu kedai ini kehilangan AS$150,000 (RM646,000) kad-kad berharga dari Pokemon dan Magic: The Gathering.

Tetapi beberapa kad itu berjaya diselamatkan apabila seorang pekerja dari kedai lain berjaya mendapatkan kembali kad-kad bernilai RM172,000.

Pada 1 Oktober lepas, pencuri masuk ke perangkap mereka sendiri apabila mereka cuba menjual banyak kad yang dicuri mereka.

Mereka memasuki kedai OMG Games yang hanya sejam dari Newmarket.

Tetapi staf di OMG Games sedar mengenai kes kecurian dari kedai Enter The Battlefield dan terus menyedari kad-kad itu adalah kad-kad yang dicuri.

Tanpa berlengah,  pemilik kedai itu, Rick Bates menelefon kedua-dua polis dari Fekete dan York.

Foto: CTV News

Bates dan stafnya berjaya bersembang dengan kedua-dua saspek selama 40 minit, masa yang cukup untuk pihak polis datang.

Mereka bersembang banyak perkara seperti kad-kad haram sehingga trend dalam dunia permainan kad sambil melihat kad-kad curi itu.

Pihak penguatkuasa berjaya menangkap dua saspek itu dan mengembalikan lebih kurang AS$40,000 (RM172,346) kad yang dicuri.

Walaupun bukan semua kad yang dicuri berjaya didapatkan semula, tetapi hasil kerjasama kedua-dua kedai dan polis patut diberi pujian.

Rujukan: Tribune


Follow kami di WhatsAppInstagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+