Kai Cenat pecah rekod langganan Twitch memotong Ironmouse

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Streamer Kai Cenat kini berjaya memotong VTuber Ironmouse dengan memecah rekod untuk jumlah langganan Twitch paling banyak.

Dia berjaya mencapai rekod ini dalam masa 2 minggu sahaja dalam marathon yang digelar Mafiathon 2.

Foto: Xclusiveloaded News

Cenat berjaya mencapai lebih 350 ribu langganan Twitch mendahului Ironmouse dengan 326 ribu sahaja.

Foto: Twitch

Stream Mafiathon 2 ini bermula pada 1 November dan akan tamat hujung bulan ini.

Permulaan yang tidak baik buat Cenat kerana dia diserbu oleh SWAT pada hari pertama stream.

Antara punca Kai Cenat berjaya adalah dengan membawa ramai selebriti-selebriti hebat seperti Snoop Dogg, Kim Kardashian, Lil Uzi, Miranda Cosgrove, Serena Williams dan ramai lagi.

Steam Mafiathon 2 kini dinominasikan dalam kategori Best Marathon Streamer untuk Streamer Awards yang akan datang.

RELATED NEWS

+