Kajian mendapati PowerWash Simulator baik untuk kesihatan mental

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

PowerWash Simulator tidak asing lagi sebagai permainan video simulasi yang disukai ramai yang penuh mengasyikkan.

Bukan sahaja disukai, PowerWash Simulator adalah sangat-sangat menenangkan fikiran.

Inilah kajian yang dibuat oleh Oxford University setelah dua tahun mendapati permainan ini adalah sangat baik untuk kesihatan mental.

Lebih dari 8,500 pemain dari 40 negara telah menyertai kajian ini dan kajian ini telah dikongsikan di Steam.

FuturLab mengatakan kajian ini merangkumi kesihatan mental pemain PowerWash Simulator dengan mengaitkan kesihatan mental dan permainan video.

Menurut kajian itu, 72% pemain dilaporkan mempunyai perasaan gembira ketika bermain PowerWash Simulator dan pemain-pemain tersebut lebih gembira ketika 15 minit pertama bermain.

Bermain permainan ini juga adalah penuh dengan perkara-perkara positif.

Lebih 162,325 pemain mengatakan PowerWash Simulator sentiasa memberi perkara positif untuk setiap sesi.

Anda boleh membaca kajian lanjut di sini.

RELATED NEWS

+