“Kalau tak ada masa, tak payah main,” kata Shroud kepada pemain kasual New World

New World adalah permainan MMORPG yang dilancarkan dua hari lepas. Permainan itu sangat popular dan mencapai hingga 200,000 pemain kemuncak.

Streamer popular, Shroud mempunyai pendapat tersendiri kepada pemain kasual. 

“Kepada yang tak ada masa (bermain New World), saya nasihatkan jauhkan diri daripada permainan ini.

“Kalau tak ada masa, jangan main. Kalau hanya boleh main satu jam sehari, saya rasa anda takkan sampai ke penghujungnya,” katanya dalam satu video penstriman langsung.

Beliau berkata demikian kerana pemain hardcore meletakkan usaha lebih yang sememangnya diperlukan untuk permainan genre MMORPG.

“Sebaik saja anda raih level maksimum, pasti ada kandungan (zon baru) dan kelengkapan baru,” katanya lagi.

Shroud bagaimanapun mengharapkan ada item diperkenalkan untuk pemain kasual naik level lebih cepat ataupun boost

Sudah tentunya item ini dianggap tidak adil bagi pemain lain tapi itulah harapan Shroud.

RELATED NEWS

+