“Kami akan cuba tunaikan solat tarawih penuh tahun ini.” – 4Meyz

Perlawanan kedua di hari kedua minggu ketujuh MPL MY S9 menyaksikan pasukan Todak akan bertemu Suhaz Esports.

Suhaz Esports menang dengan mudah di perlawanan pertama apabila mereka membawa masuk Masha.

Pasukan Todak mula bangkit di perlawanan kedua selepas mereka berjaya mengawal peta dan mendapatkan objektif.

Todak meneruskan momentum di perlawanan ketiga dengan aksi Ciku bermain Ling.

Pasukan Suhaz cuba untuk menahan asakan dari pasukan Todak namun mereka tidak berjaya.

Kelebihan gold terlalu memihak kepada pasukan Todak dan mereka akhirnya mendapatkan kemenangan pada minit ke-13.

Selepas Todak mendapatkan kemenangan sebentar tadi. 4Meyz ditemu bual dan ditanya tentang perasaannya memenangi perlawanan sebentar tadi.

4Meyz berkata dia sangat gembira bermain menentang Suhaz Esports.

“Perasaan saya sangat gembira, seronok berlawan dengan Suhaz Esports kerana mereka bersemangat dan on fire.”

“Di perlawanan pertama banyak buat kesilapan, kami memperbaiki di perlawanan kedua dan ketiga seterusnya mendapatkan kemenangan.”

Ketika ditanya apakah perbezaan bulan ramadhan pada tahun lalu dan tahun ini. 4Meyz menyatakan mereka akan penuhkan solat tarawih.

“Kami akan cuba penuhkan solat tarawih kali ini selain berpuasa di bulan ramadhan.” Akhirinya.

 

 

 

RELATED NEWS

+