“Kami akan umum lineup Wild Rift tak lama lagi,” – Ikuto

Selepas mendapat jemputan dalam kejohanan League of Legends: Wild Rift Icon Series Southeast Asia: Preseason, Todak nampaknya akan mengumumkan pasukan Wild Rift mereka tak lama lagi.

“Pada 21 Disember lalu kami bersetuju untuk tubuhkan satu lagi pasukan e-sukan iaitu Wild Rift.

“Kami dah menemui ramai pemain berbakat dan ada yang dah sertai tryout. Ada juga yang masuk kejohanan tapi masih peringkat try out.

“Memandangkan kami dapat jemputan ke Icon Series ini bersama Berjaya Dragons, kami juga akan umum roster baru tak lama lagi,” kata Pengurus Perkembangan E-Sukan Todak, Radzi “Ikuto” Rahman.

Ikuto ketika dihubungi juga berkata, Todak akan buat yang terbaik untuk kejohanan ini nanti.

League of Legends: Wild Rift Icon Series Southeast Asia: Preseason akan berlangsung bermula 26 Februari ini di mana pasukan-pasukan dari tujuh negara iaitu Malaysia, Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan Taiwan akan bertanding untuk menjadi juara peringkat kebangsaan.

Kejohanan itu akan bermula pada 26 Februari di Vietnam diikuti dengan negara-negara lain:

Ini adalah jadual bagi kejohanan ini bermula mengikut negara dan nama rakan e-sukan:

  • Vietnam (VNG) – 26 Februari – 28 Februari
  • Thailand (ESL) – 6 Mac – 7 Mac
  • Taiwan (Cyber Games Arena) – 11 Mac – 14 Mac
  • Malaysia (ESL) – 13 Mac – 14 Mac
  • Filipina (PPGL) – 20 Mac – 21 Mac
  • Indonesia (One Up) – 19 Mac – 21 Mac
  • Singapura (Eliphant) – 26 Mac – 28 Mac

Antara pasukan yang bertanding mengikut negara:

  • Malaysia – Berjaya Dragons, Todak
  • Indonesia – Alter Ego, ONIC
  • Filipina – Bren Esports, RRQ PH, Team Secret
  • Singapura – The Alliance
  • Taiwan – Flash Wolves, ONE Team, TXO
  • Thailand – Kiing of Gamers Club
  • Vietnam – V Gaming, Saigon Phantom, SBTC Esports

Lebih banyak pasukan akan diumumkan dalam masa terdekat.

RELATED NEWS

+