“Kami lebih berdisiplin di perlawanan ketiga,” – Saiful

Pasukan Homebois mengalami dua kekalahan sebelum ini dan mereka harus menebus kembali di dalam perlawanan menentang Team Lunatix. 

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan mereka akan bermain di perlawanan ketiga untuk menentukan pasukan manakah yang menjadi juara.

Pasukan Homebois mendapat kelebihan di minit awal permainan apabila rotasi mereka berkesan untuk menghentikan kemaraan Team Lunatix menghancurkan turret di bahagian atas.

Team Lunatix terus kehilangan momentum mereka apabila kesilapan demi kesilapan dilakukan di dalam pertarungan.

Jurang perbezaan gold yang sangat ketara menyebabkan Team Lunatix gagal untuk menjatuhkan pasukan Homebois.

Mereka cuba untuk bermain split push namun ia tidak membuahkan hasil yang sangat baik.

Luminous Lord yang diambil oleh pasukan Homebois pada minit ke-12 menjadi kunci kemenangan mereka di dalam perlawanan terakhir ini.

Mereka terus merusuh ke arah base pasukan Team Lunatix dan akhirnya menamatkan permainan.

Nampaknya kemasukan Saiful ke dalam pasukan menggantikan Xpedea memberikan mereka kemenangan.

 

RELATED NEWS

+