“Kami patut menang 2-0 sebenarnya…” – Minnn

Perlawananan kedua di hari kedua minggu kelima menyaksikan pasukan Orange Esports akan menentang Suhaz Esports.

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas Orange Esports membalas kekalahan di permainan pertama.

Suhaz Esports lebih agresif di perlawanan ketiga, Box dan D Ace kerap melakukan rotasi untuk mengawal peta.

Meskipun Zed mengalami kekurangan untuk farming di gold lane, dia masih berjaya menyelamatkan dirinya dari ditumbangkan pihak musuh.

Lord pertama berjaya didapatkan oleh Suhaz Esports pada minit ke-9 selepas menumbangkan Minnn dan Lolla.

Orange Esports terus bertahan dan menunggu Cecilion mencapai stack yang diperlukan untuk melakukan serangan balas.

Perlawanan di Lord Pit pada minit ke-17 menyebabkan Suhaz Esports kehilangan empat orang ahli meskipun mereka mendapatkan Lord.

Orange Esports terus menggunakan peluang itu untuk melakukan comeback dan menamatkan permainan.

Ketika Minnn ditemubual selepas kemenangan sebentar tadi, katanya, mereka patut menang 2-0.

“Sebenarnya kami rasa patut menang 2-0 kerana kami sudah mengkaji corak permainan mereka sebelum ini,” katanya.

RELATED NEWS

+