“Kami pernah menawarkan kontrak kepada Kelra,” – CEO RRQ, Andrian Pauline

Kemasukan pemain Filipina ke Indonesia untuk MPL ID musim ke-10 semakin menjadi fenomena yang dibincangkan di dalam komuniti MLBB.

RRQ Hoshi juga tidak terlepas untuk membawa masuk pemain dari negara jiran itu ke dalam pasukan.

Di dalam satu temubual ekslusif bersama ONE Esports, CEO RRQ Hoshi iaitu Andrian Pauline menyatakan hasratnya untuk membawa Kelra ke dalam pasukan itu.

“Saya tidak menutup kemungkinan RRQ akan mempunyai pemain Filipina. Saya hanya ingin pemain terbaik di dalam pasukan ini. Kalau memang ada pemain Filipina dan kami berpotensi membentuk pasukan yang terbaik, kenapa tidak?” katanya ekslusif kepada ONE Esports.

Ketika ditanya tentang dia pernah atau tidak ingin membawa masuk pemain Filipina di dalam pasukan.

Jawabnya dia pernah menghubungi Kelra di musim kelapan dan kesembilan.

“Kalau ditanya pernah atau tidak untuk membawa masuk pemain Filipina, ya memang pernah. Itu terjadi musim kelapan dan kesembilan, yang mana saat itu ada berita Kelra dilamar RRQ Hoshi dan saya menyatakan berita itu benar.

“Kami sempat berbincang bersama mereka akan tetapi dia masih ada kontrak dan kerana ada satu hal yang lain, kami membatalkan niat tersebut. Tambahan lagi di dalam pasukan kami masih ada Skylar, Xinnn, dan Lemon, kalau ada satu lagi pemain gold laner, itu sudah berlebihan.” ujarnya.

Namun begitu, Andrian berkata Kelra adalah satu-satunya pemain Filipina yang mereka cuba dapatkan namun tidak lagi buat masa sekarang.

“Tetapi di antara pemain Filipina, yang kami sempat ingin kejar adalah Kelra. Namun, sekarang sudah tidak lagi,” akhirinya.

Sumber: ONE Esports

 

RELATED NEWS

+