Kanak-kanak 11 tahun berjaya jumpa cara mudah dapat RTX 3090

Dalam jutaan orang di serata dunia, ramai yang cuba mendapatkan GPU generasi terbaharu dengan apa cara sekalipun.

Ramai juga orang masih mempunyai masalah dan mencari cara untuk mengalahkan bots yang mencuri pembelian GPU.

Namun, seorang kanak-kanak 11 tahun di Florida berjaya menjumpai eksploitasi di lama sesawang Newegg iaitu salah satu laman menjual barang-barang elektronik dan komputer terbesar di Amerika Syarikat.

Anak kepada Ricardo Santana ini berjaya mendapatkan EVGA RTX 3090.

Di Newegg anda perlu melalui sistem loteri untuk mendapatkan GPU.

Sistem ini diperkenalkan untuk memberi peluang kepada semua orang untuk mendapatkan GPU.

Ekspoitasi ini datang dari cara pembelian ‘Build your PC’ iaitu salah satu ciri di Newegg apabila setiap pelanggan boleh membuat senarai untuk membeli computer dengan komponen pilihan sendiri.

Namun apa yang Newegg lupa ialah, pelanggan itu boleh membuang komponen lain dan hanya membeli RTX sahaja sekaligus terlepas dari sistem loteri yang dibuat Newegg.

Pengurus Jenama Senior Newegg, Andre Choi juga tidak menyangka exploitasi ini terlepas dari pandangan dan berterima kasih kepada kanak-kanak berusia 11 tahun tersebut kerana menjumpai exploitasi ini.

Bapa kanak-kanak itu, Ricardo Santana juga memberi tahu bahawa dia mahu membeli lebih dari satu RTX namun dia tidak mahu mengekploitasi perkara ini untuk keuntungan diri sendiri.

Dengan RTX yang kini susah untuk dibeli malah jikalau ada harganya adalah sangat tidak masuk akal.

Bila agaknya RTX siri baru akan mudah dan lebih murah untuk dimiliki oleh orang ramai.

RELATED NEWS

+