Kapten pasukan RRQ Hoshi, Vynn adalah pemain kelapan pasukan Sang Raja

Calvin “Vynn” antara seorang pemain posisi support dan tanker terbaik di arena e-sukan Mobile Legends. Beliau adalah juara bagi musim keenam dan kelima Liga Profesional (MPL) ID. Vynn mampu untuk bertukar posisi dari support pergi ke tank menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemain yang versatile.

RRQ Hoshi kini mengumumkan Vynn sebagai pemain yang kelapan. Kemasukan kapten pasukan itu tidak dinafikan kerana prestasi beliau setakat ini sangat bagus dan konsisten. Ura-ura yang mengatakan beliau akan dipinjamkan kepada pasukan pihak lawan EVOS Legends ternyata meleset kali ini.

Kini hanya tinggal seorang pemain yang akan didedahkan oleh organisasi itu. Nama Lemon masih belum ada di dalam senarai, mungkin pemain veteran itu akan diundang untuk menjadi pemain yang ke-9 untuk melengkapkan pasukan itu.

Vynn dilihat akan bersaing bersama Psychoo untuk mendapatkan posisi roamer buat musim kelapan ini, adakah RRQ Hoshi akan mengekalkan posisi beliau buat musim kelapan ini? Kita akan saksikan tidak lama lagi.

RELATED NEWS

+