KARRA, On Air adalah wakil Malaysia di Kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legends (MWI)

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) setakat ini meraih ramai penonton dan peminat di serata dunia. Moonton mula melebarkan sayapnya ke negara-negara Timur Tengah, Amerika Utara dan Amerika Latin.

Namun begitu, tidak ada sebarang kejohanan jemputan yang memfokuskan para wanita untuk bersaing sesama mereka.

Kini, ONE Esports mengumumkan Kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legends (MWI) bagi pasukan wanita dari Asia Tenggara.

Kejohanan ini akan menyaksikan 10 pasukan akan bersaing untuk merebut wang hadiah lumayan terkumpul berjumlah AS$15 ribu (RM63 ribu).

Kini, lapan pasukan sudah siap sedia dan hanya tinggal dua pasukan Indonesia belum ditemui.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONE Esports Indonesia (@oneesportsid)

Adakah kita akan dapat melihat tahun ini akan menjadi tahun kebangkitan arena kompetitif Mobile Legends di kalangan wanita? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

Foto: MPL MY

RELATED NEWS

+