jumaat lepas."> jumaat lepas." /> jumaat lepas." />

Kartrij The Legends of Zelda dijual dengan harga RM3.48 juta – antara permainan video paling mahal di dunia

The Legend of Zelda asal yang masih belum dibuka sudah dijual sebanyak AS$870,000 atau RM3.48 juta pada jumaat lepas.

Ini menjadikan The Legend of Zelda sebagai antara permainan video paling mahal dijual semasa sesi jualan lelong.

Heritage Auctions memberitahu harga ini adalah termasuk 20% yuran harga pembeli.

Apa yang membuatkan salinan ini begitu mahal? Salinan The Legend of Zelda ini masih seperti baru dikeluarkan kilang dan diberi penilaian 9.0.

Variasi kartrij ini adalah antara yang paling sukar untuk dijumpai kerana The Legend of Zelda pada tahun 1987 hanya dikeluarkan untuk beberapa bulan sahaja untuk versi NES TM.

 

Pengesahan ini disahkan oleh Wata yang merupakan syarikat yang pemberi pengesahan dan penilaian untuk kesahihan sesuatu permainan video itu.

RELATED NEWS

+