Kasut Nike PG 5 PlayStation 5 Colorway kolaborasi Paul George dan Playstation

PlayStation baru-baru ini berkongsi kolaborasi kasut Nike dengan superstar NBA Paul George. Video pengumuman kolaborasi ini boleh ditonton di bawah.

Hasil usahasama Nike dengan pereka design PS5 Yujin Morisawa, kasut PG 5 PlayStation 5 Colorway diinspirasikan dari reka bentuk PS5 dan minat Paul terhadap permainan video.

Logo PlayStation dan Paul George juga ditambah di lidah kasut. Warna biru dan putih inspirasi PS5 dengan rekaan industri PS5 di pelapik dalam kasut dan juga bahagian luar kasut. Bentuk PS5 juga dapat dilihat disepanjang kasut dengan corak kontroller tanpa wayar DualSense.

Kasut baru ini akan dijual di lokasi terpilih pada 14 Mei

Bagi pemilik NBA 2k21 di PS4 dan PS5 , anda boleh mendapatkan kasut ini secara dalam talian dan boleh didapati daripada Nike Store.

Get ‘em in game. Starting tomorrow, NBA 2K21 owners can lace up with the new PG 5 PlayStation 5 colorway on PS4 and PS5. Unlock them in the Nike Store

Posted by PlayStation on Tuesday, 4 May 2021

Maklumat lanjut boleh didapati di blog PlayStation dan Nike Malaysia. Nantikan kasut Nike PS5 ini di pasaran.

Sumber rujukan: PlayStation

RELATED NEWS

+