Katarina hadir ke League of Legends: Wild Rift

Champion baru bagi permainan League of Legends: Wild Rift iaitu Katarina kini boleh dimainkan.

Anda boleh menyelesaikan tugasan harian bermula hari ini hingga 10 Mac untuk mendapatkannya secara percuma ataupun membeli menggunakan Blue Motes dan Wild Cores.

Katarina merupakan champion Assassin/Mage yang mempunyau kelebihan untuk menggunakan skills secara kerap dan mengenakan area damage sambil bergerak.

Bagi penulis, champion ini perlu dipratikkan terlebih dahulu sebelum di bawa ke Ranked. Bagi pemain LoL di PC, pastinya anda sedia faham menggunakannya dengan sebaik mungkin tanpa masalah.

RELATED NEWS

+