Ke mana hala tuju SaSa?

Pemain Mobile Legends, Lu Khai Bean atau SaSa kini keluar daripada pasukan diwakilinya di Indonesia, ONIC Esports.

Jejaka kelahiran Malaysia itu bermain di ONIC dari awal lagi iaitu sejak menjuarai MPL ID musim ketiga. Beliau juga pernah membantu pasukan ONIC memenangi Piala Asia Tenggara (MSC) 2019.

Namun, kelibat beliau memang jarang kelihatan sejak itu terutamanya pada liga musim kelima hinggalah ketujuh.

Dalam menghadapi musim kelapan, ONIC memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada SaSa. Pengumuman itu dibuat dalam satu hantaran di Instagram.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONIC (@onic.esports)

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada SaSa sepanjang berada di ONIC kerana sumbangannya kepada pasukan.

Memandangkan SaSa adalah ejen bebas sekarang dan MPL ID S8 hampir bermula, netizen juga mempunyai pendapat tersendiri antara lain mengatakan kemungkinan SaSa akan kembali ke Malaysia.

Malah, ada yang mengatakan beliau akan menyertai Team SMG main di MPL MY S8 kerana pernah mengikuti latihan (scrim) bersama.

Sejauh mana kebenaran ini, kita akan tunggu dan lihat.

RELATED NEWS

+