Variety, siri animasi League of Legends Arcane menelan belanja sehingga AS$ 250 (RM 1.1 bilion) juta untuk dua musim."> Variety, siri animasi League of Legends Arcane menelan belanja sehingga AS$ 250 (RM 1.1 bilion) juta untuk dua musim." /> Variety, siri animasi League of Legends Arcane menelan belanja sehingga AS$ 250 (RM 1.1 bilion) juta untuk dua musim." />

Kedua-dua musim Arcane menelan belanja sehingga RM 1.1 bilion

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Menurut laporan dari Variety, siri animasi League of Legends Arcane menelan belanja sehingga AS$ 250 (RM 1.1 bilion) juta untuk dua musim.

Hal ini terus membuatkan Arcane siri animasi paling mahal dalam dunia yang pernah dikeluarkan di televisyen atau pelantar streaming.

“Kami merasakan wang yang telah dilaburkan sangat berbaloi untuk memberi cerita yang selayaknya bagi peminat,” ujar Marc Merrill (Ketua Pegawai Produk) di Variety.

Arcane mempunyai 18 episod kesemuanya untuk kedua-dua musim dan boleh dikatakan bajet untuk satu episod adalah $AS14 juta (RM 61.79 juta).

Sebagai perbandingan, kos ini adalah lebih mahal daripada kos per episod untuk musim akhir Game of Thrones.

Hanya 33 filem Hollywood sahaja yang mempunyai kos lebih besar dari Arcane.

Tambahan dari Variety, punca Riot boleh membelanjakan wang sebesar ini untuk animasi ini; adalah disebabkan tiada pengalaman dalam bidang ini sehingga menyebabkan kos melebihi apa yang patut.

Perlu diingatkan juga kos ini adalah daripada beberapa tahun sejak pembikinan Arcane Musim ke-2.

Rujukan: Variety


Follow kami di WhatsAppInstagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+