Arcane adalah antara siri animasi paling berjaya setakat ini dengan banyak kritikan bagus tetapi kejayaan ini bukan untuk League of Legends (LoL).
Walaupun League of Legends antara permainan kompetitif paling popular namun ramai orang tidak mahu mencubanya.
Produksi Netflix ini berjaya mendapat tempahan dua musim, menceritakan dunia Zaun dan Piltover dengan plot diantara Vi, Jinx dan Caitlyn.

Foto: Arcane Riot Games
Menurut Bloomberg, walaupun penghasilan Arcane menelan jumlah RM1.1 billion tetapi jumlah ini tidak menarik minat untuk orang mencuba LoL.
Netflix membayar RM13 juta untuk setiap episod sementara Tencent Holdings Ltd membayar jumlah yang sama untuk mendapat hak tayangan di China.
Ramai pengguna membuka akaun baharu, bermain sekejap dan kemudiannya meninggalkan terus LoL.
League menerima pelbagai kemaskini seperti skin dari Arcane dan juga kosmetik Jinx bernilai RM1.1 ribu termasuk kemaskini rupa Viktor yang mengikut rekaan Arcane.
Ambessa dan Mel sebagai champions baru juga tidak menarik minat pemain LoL baru.
Arcane kini dalam pelan untuk membuat lebih banyak penceritaan dunia Runeterra iaitu Noxus, Ionia dan Demacia yang bakal diaptasi sama seperti Arcane Piltover/Zaun.
Rujukan: Bloomberg