Kejohanan Antarabangsa Arena of Valor (AIC) 2021 – RM4.15 juta hadiah terkumpul

Arena of Valor (AoV), permainan yang dibangunkan oleh TiMi Studio Group dan terbitan Tencent Games mengumumkan penganjuran kejohanan antarabangsa mereka bagi 2021, Arena of Valor International Championship (AIC) 2021.

Kejohanan ini akan berlangsung bermula 27 November hingga 19 Disember tahun ini. AIC 2021 menawarkan hadiah terkumpul sebanyak AS$1 juta (RM4.15 juta) dan akan berlangsung secara dalam talian sepenuhnya. 

Ia juga akan dipertandingkan melalui empat peringkat iaitu peringkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan Akhir.

  • Peringkat Kumpulan: 27 November – 5 Disember
  • Suku Akhir: 9 – 12 Disember
  • Separuh Akhir: 17 – 18 Disember
  • Akhir: 19 Disember

Kejohanan ini akan membabitkan 14 pasukan daripada lapan buah negara dan zon, yang mana setiap negara mempunyai kejohanan liga mereka tersendiri.  

  • Garena Challenge Series (Taiwan) – 3 pasukan
  • Arena of Glory (Vietnam) –  3 pasukan
  • RoV Pro League (Thailand) – 3 pasukan
  • AOV Star League (Indonesia) – 1 pasukan
  • Malaysia, Singapura, Filipina – 1 pasukan
  • China – 1 pasukan
  • Korea – 1 pasukan
  • Jepun – 1 pasukan

Arena of Valor ialah permainan MOBA yang mula dilancarkan pada 2016. Sebelum ini mereka sudah menganjurkan beberapa kejohanan di pelbagai peringkat termasuk di peringkat antarabangsa.

AoV boleh dimuat turun secara percuma di platform Android, iOS dan Nintendo Switch.

Sumber: AFK Gaming.

RELATED NEWS

+