Singapura: Kejohanan dunia Arena of Valor (AWC) kini kembali pada musim panas ini!"> Singapura: Kejohanan dunia Arena of Valor (AWC) kini kembali pada musim panas ini!" /> Singapura: Kejohanan dunia Arena of Valor (AWC) kini kembali pada musim panas ini!" />

Kejohanan Dunia Arena of Valor (AWC 2021), RM2.06 juta hadiah terkumpul

Singapura: Kejohanan dunia Arena of Valor (AWC) kini kembali pada musim panas ini!

Dianjurkan oleh Tencent Games dan Garena, AWC 2021 akan membariskan pasukan-pasukan terbaik dunia untuk Arena of Valor bertanding merebut hadiah terkumpul AS$500,000 (RM2.06 juta).

Ia akan berlangsung bermula 19 Jun hingga 18 Julai ini dalam talian bagi memastikan kebajikan dan keselamatan kesemua krew dan pemain terjaga. Tencent juga menjanjikan pengalaman lebih imersif kepada peminat yang menonton.

Sebanyak 16 pasukan bertanding dari 9 rantau iaitu: Brazil, Taipei, Indonesia, Jepun, Korea, China, MSP (Singapura, Malaysia dan Filipina), Thailand dan Vietnam.

Bagi MSP, hanya satu pasukan saja akan menjadi wakil.

Ini adalah peringkat perlawanan akan diadakan nanti:

  • Peringkat kumpulan: 19 Jun hingga 27 Jun

  • Suku akhir: 30 Jun hingga 4 Julai 

  • Separuh akhir: 10 Julai dan 11 Julai

  • Grand Final (AOV Day): 18 Julai

Ini adalah pecahan bagi hadiah terkumpul yang mana juara akan membawa pulang AS$200,000 (RM826,000).

Penstriman langsung akan dilaksanakan dalam lima bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Mandarin, Bahasa Indonesia, Thai dan Vietnam.

RELATED NEWS

+