Kejohanan Dunia, M3 bakal diadakan di Singapura?

Lokasi Kejohanan Dunia M3 masih lagi menjadi satu misteri buat para peminat Mobile Legends: Bang Bang. Terdahulu, pemain dari Bren Esports mendedahkan bahawa kejohanan itu akan berlangsung di Bali, Indonesia.

Namun begitu, juara untuk kejohanan Latam iaitu Malvinas Gaming secara tidak sengaja sudah memberikan lokasi kejohanan dunia itu yang akan berlangsung di Singapura.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Perkara itu diketahui dari sebuah hantaran Instagram rasmi mereka @malvinas_gaming. Pendedah info lengkap dan khabar angin Mobile Legends terkenal, @emak_moba sempat mengambil tangkap layar dari Instagram juara kejohanan Latam itu.

Walaubagaimanapun, hantaran itu sudah ditukar kepada Asia dan tidak lagi memaparkan Singapura. Kejohanan Dunia M3 menyaksikan 16 pasukan akan bertanding bagi merebut gelaran juara serta wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS800 ribu (RM3.3 juta).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Malvinas Gaming (@malvinas_gaming)

Adakah anda juga menjangkakan M3 akan berlangsung di Singapura? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+