Kejohanan Dunia M4 akan bermula pada 1-15 Januari 2023

Kemuncak pertandingan MLBB akan ditentukan oleh Kejohanan Dunia Siri M setiap tahun. 

Pada tahun lalu, Kejohanan Dunia M3 berjaya dipegang oleh pasukan dari Filipina iaitu Blacklist International.

Kini selepas tamatnya Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022, tarikh Kejohanan Dunia M4 diumumkan.

M4 akan bermula pada 1-15 Januari 2023. Namun begitu, lokasi pertandingan masih belum diumumkan.

Adakah ia akan diadakan di Malaysia? atau mungkin Indonesia dan Filipina menjadi tuan rumah kali ini?

Kita bakal saksikan, slot M4 masih terbuka untuk pasukan Malaysia ketika MPL MY musim ke-10 nanti.

RELATED NEWS

+