“Kejohanan ini lebih kepada untuk cuba ‘lineup’ MPL,” – Ash

Kemenangan di pertandingan Mobile Legends: Bang Bang sempena Melaka Esports Day 2022 sedikit sebanyak mewujudkan rasa teruja kepada pasukan Red Esports.

Pemainnya, Ashif Halaj Abdul Majid (Ash) berkata, kejohanan ini menjadi platform untuk mencuba lineup sebelum Liga Profesional (MPL) MY musim kesepuluh bermula.

“Ia adalah pertandingan kedua kami, ada satu lagi kejohanan di Johor tapi belum tamat playoff,” katanya.

Ash juga mengakui pasukan HomeBois adalah saingan terkuat di kejohanan yang dianjurkan di Dataran Pahlawan, Melaka pada 24 hingga 26 Jun lalu.

Red Esports berjaya memenangi kejohanan itu selepas menewaskan HomeBois dengan skor 2-1. Mereka membawa pulang RM1,000 berserta trofi.

Perlawanan itu boleh disaksikan kembali menerusi pautan video di bawah:

Red Esports adalah salah satu pasukan yang mendapat jemputan ke MPL MY S10 jika dikira dari format musim-musim lalu yang mana lapan pasukan terbaik dari musim lalu akan mendapat jemputan terus.

Melaka Esports Day 2022 mempertandingkan MLBB, PUBG Mobile, FIFA 22 dan eFootball. Ia dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.

Foto: Instagram @adibrsydi_

RELATED NEWS

+