Kejohanan Kebangsaan Call Of Duty Mobile Malaysia Bermula Hujung Minggu Ini

Kejohanan Call of Duty Mobile (CODM) yang pertama iaitu Garena Invitational akan berlangsung pada pertengahan tahun ini.

Untuk melayakkan diri ke Garena Invitational, pasukan-pasukan dari Malaysia, Filipina, dan Singapura perlu memenangi Kejohanan Kebangsaan CODM masing-masing.

Pusingan kelayakan pertama untuk Kejohanan Kebangsaan CODM Malaysia akan berlangsung pada 8 Februari 2020 (Sabtu). Pendaftaran untuk pusingan ini akan ditutup pada hari yang sama, jam 12:30PM.

Pusingan kelayakan kedua pula akan berlangsung pada 15 Februari 2020 dan pendaftaran juga akan ditutup pada hari yang sama, jam 12:30PM.

16 pasukan terbaik yang muncul dari kedua-dua pusingan kelayakan akan bertarung dalam pusingan Top 16 yang akan berlangsung dari 22 Februari hingga 8 Mac 2020.

Akhir sekali, empat pasukan terbaik akan bertarung di peringkat Top 4 untuk menobatkan juara kebangsaan CODM Malaysia. Juara tersebut akan diberi kelayakan untuk bertanding di Garena Invitational.

Hadiah terkumpul untuk Kejohanan Kebangsaan CODM Malaysia ialah RM40,000 dan ini pecahannya:

  • Juara – RM20,000
  • Naib juara – RM10,000
  • Tempat ketiga – RM6,000
  • Tempat keempat – RM4,000

Kalau anda rasa anda cukup pro untuk mewakili Malaysia di persada antarabangsa dalam CODM, daftarkan pasukan anda di laman Facebook CODM.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+