Kejohanan MES 2021: PUBGM, MLBB dan FIFA 21 dengan hadiah terkumpul RM100,000

Kejohanan e-sukan, Malaysia Esports Series 2021 akan dianjurkan bermula 26 Mac hingga 4 April ini.

Ia dianjurkan oleh My Events International dan Kelab Esports THQ dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Kejohanan ini juga mendapat sokongan KBS, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia serta Perbadanan Ekonomi Digiital Malaysia.

Tiga judul e-sukan akan dipertandingkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan juga FIFA 21. Bagi hadiah terkumpul pula sebanyak RM100,000 akan dibahagikan seperti berikut:

  • MLBB – RM40,000
  • PUBG Mobile – RM40,000
  • FIFA 21: RM20,000

Setiap peringkat akan dijalankan selama tiga hari:

  • Kelayakan pertama –  26-28 mac
  • Kelayakan kedua – 2-4 April 
  • Final – 9-11 April

FIFA 21 akan membuka slot sehingga 512 pemain manakala PUBG Mobile pula 256 pasukan dan 128 pasukan untuk MLBB. Saksikan penstriman langsung di Malaysia Esports Series dan Instagram @myesportsseries.

Kejohanan ini dianjurkan bertujuan mencari bakat baru yang berbakat dalam e-sukan dan mendidik lebih ramai anak muda tentang kepentingan dan manfaat e-sukan.

“Acara ini tidak dapat dianjurkan pada waktu yang lebih baik, iaitu ketika KBS semakin meningkat dan membina industri e-sukan di Malaysia, akhirnya menjadikan e-sukan sebagai sukan professional,” kata Reezal.

MES 2021 juga menjadi satu platform untuk peserta dan penonton berinteraksi, mempelajari dan mengambil sedikit sebanyak pengalaman dari tokoh-tokoh e-sukan dan ahli sukan Malaysia seperti Xorn Gaming, Safee Sali dan Amtuah yang bakal dijalankan selama tiga minggu.

Penganjur, THQ ditubuhkan pada 2019 bertujuan sebagai satu platform untuk mengukuhkan es-ukan di Malaysia. THQ juga penganjur bagi kejohanan e-sukan secara kecil-kecilan.

My events International pula adalah syarikat berdaya saing dengan pasaran global dalam pengurusan acara. Mereka mempunyai 14 tahun pengalaman.

RELATED NEWS

+