Keliru langkah untuk surrender di dalam Wild Rift? Begini caranya

Permainan peranti mudah alih League of Legends: Wild Rift mempunyai mekanik permainan yang kompleks dan mencabar untuk para pemain.

Ada kalanya anda bermain dengan satu pasukan yang kuat dan juga tahu peranan masing-masing di dalam pasukan. Namun begitu, ada juga masa anda bermain dengan pasukan yang tidak tahu mendapatkan objektif.

Jika perkara ini terjadi, pasti anda tidak mendapat sebuah permainan yang baik dan seharusnya menyerah kalah kerana pihak lawan terlalu kuat untuk pasukan anda.

Setiap permainan pasti akan ada fungsi “surrender” yang dimasukkan ke dalam permainan. Untuk permainan wild rift, anda harus menekan butang setting seperti gambar rajah di bawah.

Kemudian, anda perlu mencari butang surrender di bawah untuk menamatkan permainan. Harus diingat, anda memerlukan 3 sokongan dari pemain lain untuk menyerah kalah. Jika 2 orang pemain tidak mahu menyerah kalah. Permainan tidak akan ditamatkan.

Fungsi surrender ini boleh dilakukan seawal 5 minit di dalam permainan. Berbeza dengan permainan League of Legends di pelantar PC di mana ianya memerlukan 15 minit untuk mendapat fungsi surrender. Jadi gunakan fungsi ini dengan sebaik-baiknya dan berikan yang terbaik untuk pasukan anda sebelum anda menyerah kalah.

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+