Kelra ditawarkan gaji enam digit untuk bermain di Indonesia

Duane “Kelra” Pillas adalah pemain Mobile Legends dari Filipina yang sangat berbakat. Malahan, pemain berusia 17 tahun ini pernah menggegarkan arena Mobile Legends di peringkat Asia Tenggara selepas mendapatkan savage di MSC 2022 sebelum ini.

Keupayaan pemain Omega Esports ini sebagai posisi marksman sememangnya tak dapat disangkal lagi.

Oleh kerana kehebatannya, tidak hairanlah jika pasukan luar juga berminat untuk melamarnya, biarpun mereka bukan dari negara asal, Filipina.

Dalam satu video vlog, Billy “Z4pnu” Alfonso berkata ada pasukan Indonesia yang menawarkan gaji begitu lumayan sebanyak enam digit.

Bagaimanapun, Z4pnu enggan memberitahu pasukan manakah yang ingin melamarnya (melakukan pembelian pemain) kerana dia pernah dikenakan denda kerana menyatakan nama pasukan.

Berkenaan enam digit, mustahil untuk dikira dalam bentuk USD kerana nilainya sangat banyak. Dalam bentuk Rupiah juga nyata bukan kerana jika ditukar ke RM, nilainya sangat kecil.

Berkemungkinan Kelra ditawarkan dengan nilai wang Peso dan jika ditukar kepada Ringgit, 100,000 Peso bersamaan RM8,000 sebulan.

Filipina berada di zon selesa ketika ini selepas memenangi begitu banyak kejohanan antarabangsa dan peringkat serantau.

RELATED NEWS

+