Kelra tolak untuk “taunting” RRQ Hoshi

Pasukan Smart Omega berjaya ke peringkat playoff MSC 2022 selepas mereka menyamakan kedudukan 1-1 menentang pasukan IDNS dan juga RRQ Hoshi.

Walau bagaimanapun, Z4pnu mengungkap perkara itu hanya untuk menghiburkan para penonton. Kekuatan sebenar mereka akan ditunjukkan ketika di playoff.

Kelra yang terkenal dengan gaya taunting ke atas pasukan Nexplay EVOS tempoh hari menolak untuk taunting pasukan RRQ Hoshi di perlawanan terakhir.

@semogajadiv.2 Balas @jiwog5417 ini dia kenapa? #fypシ #fyp #mlbb #msc2022 #weownmsc @mpl.id.official #WEOWNMSC ♬ suara asli – _𝙧𝙞𝙯𝙖𝙡𝙗𝙚𝙣𝙪

Melalui satu perkongsian video di Tiktok, ketika kamera dialihkan kepadanya, Kelra seakan-akan ingin melakukan taunting yang sama namun menghentikan perbuatannya itu.

Tidak diketahui sebab dia berbuat demikian sama ada takut dihujat oleh netizen Indonesia atau dia mempunyai alasan tersendiri.

Jika Kelra meneruskan taunting, komuniti Mobile Legends pasti akan menghangatkan lagi isu ini.

MSC 2022 akan berlangsung hingga Ahad, mengumpulkan 12 pasukan terbaik MLBB di Asia Tenggara.

Sebanyak AS$300,000 (RM1.32 juta) menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding.

Siaran langsung boleh disaksikan di Facebook dan Youtube Mobile Legends: Bang Bang.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+