Kemas kini 1.2 Genshin Impact memperkenalkan kawasan Dragonspine dan dua watak baharu

Kemas kini versi 1.2 Genshin Impact kini telah tiba dan ia memperkenalkan beberapa perkara baharu yang semestinya membuatkan peminat permainan tersebut rasa teruja.

Salah satu penambahan terbesar ialah kawasan baharu Dragonspine yang beriklim sejuk. Terdapat pelbagai quest dan tekaria baharu yang boleh dilakukan oleh para pemain.

Walaubagaimanapun, iklim sejuk memperkenalkan satu cabaran baharu kerana watak-watak anda akan mengumpul Sheer Cold semasa berada di Dragonspine. Apabila Sheer Cold penuh, nyawa watak akan mula menurun.

Untuk menurunkan Sheer Cold, anda perlu mendekati sumber-sumber haba seperti unggun api dan obor. Anda juga perlu ingat bahawa tindakan seperti berenang akan meningkatkan kelajuan pengumpulan Sheer Cold.

Dua watak baharu yang diperkenalkan dalam kemas kini ini ialah Albedo dan Ganyu.

Albedo merupakan pengguna pedang yang menggunakan elemen Geo. Dia dikenali sebagai Chief Alchemist and Captain of the Investigation Team of the Knights of Favonius.

Ganyu pula setiausaha di Yuehai Pavillion dan dia merupakan pengguna busur yang menggunakan elemen Cryo.

Untuk semua butiran mengenai perkara-perkara baharu dalam kemas kini 1.2, anda boleh merujuk laman web rasmi Genshin Impact.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+