Kemaskini 7.30d Dota 2 mungkin mengubah meta TI10

The International 10 (TI10), kejohanan terbesar Dota 2 dan kejohanan e-sukan terbesar di dunia bakal berlangsung dalam 10 hari lagi. Namun, pemain dan peminat digemparkan dengan kemaskini terbaru yang mengubah pelbagai ciri di permainan itu yang mungkin akan menggegarkan meta di Ti10.

Antara perubahan yang kerata adalah beberapa item neutral sudah diperbaiki dengan banyak hero kembali seimbang.

Dawnbreaker, hero ke-121 Dota 2 yang ditambahkan ke Captain’s Mode sekitar 15 hari yang lalu juga menerima nerf selepas ramai yang percaya bahawa dia hero yang cukup kuat dan serba boleh. Begitu juga Tiny, hero yang sudah meroket dalam populariti dalam pelbagai peranan kini menerima nerf di kemaskini 7.30d. 

 

Sebagai contoh, antara hero laning yang popular pada meta ini adalah Bane. Perubahan kepada hero itu menjadikannya kurang signifikan pada awal sesuatu permainan akibat pengurangan damage pada kemahiran Nightmare dan penambahan tempoh cooldown pada Brain Sap.

Zeus pula menerima perubahan pada Static Field yang kini menyahdayakan Blink Dagger serta menamatkan kesan Healing Salve.

Hero rat Tinker juga diubah. Akibat 7.30d, kos mana Rearm telah meningkat sementara damage Heat Seeking Missile juga diturunkan, berpotensi menghalang pemain Tinker untuk memilih pahlawan itu seperti biasa.

Selain Hero yang diterangkan di atas, Hero lain seperti Ursa, Silencer dan lain lagi menerima perubahan kepada set kemahiran mereka. Item neutral juga diubahkan.

Jika anda mahu meneliti perubahan pada kemas kini 7.30d, anda boleh mengklik pautan ini.

RELATED NEWS

+