Riot Games mengumumkan kemas kini yang akan diaplikasikan kepada klien VALORANT bermula 8 September bagi semua rantau. "> Riot Games mengumumkan kemas kini yang akan diaplikasikan kepada klien VALORANT bermula 8 September bagi semua rantau. " /> Riot Games mengumumkan kemas kini yang akan diaplikasikan kepada klien VALORANT bermula 8 September bagi semua rantau. " />

Kemaskini VALORANT 3.05 membawa peta Fracture dan lain-lain

Riot Games mengumumkan kemas kini yang akan diaplikasikan kepada klien VALORANT bermula 8 September bagi semua rantau.

Kemaskini ini juga akan memperkenalkan beberapa perubahan drastik kepada beberapa ejen VALORANT yang mungkin akan mengubah meta yang sedia ada. Peta Fracture yang dinanti-nantikan oleh peminat VALORANT seantara dunia juga akan dimasukkan ke VALORANT bersama kemas kini 3.05.

Perubahan kemaskini 3.05

Pemain bertahap Immortal kini dikategorikan mengikut Immortal 1, 2 dan 3 seperti dahulu kala.

Namun, pemain-pemain ini masih dapat melihat kedudukan mereka di papan tetangga (leaderboard) serantau. Competitive Queue juga sudah dikemas kini seperti berikut:

  • Diamond 1 ke Immortal 1
  • Diamond 2 ke Immortal 2
  • Diamond 3 ke Immortal 3

Sebelum ini, pemain bertahap Immortal hanya boleh bertemu pemain tahap Radiant. Perubahan ini memastikan agar pemain yang berada di tahap Diamond 1 tidak akan bertemu pemain yang bertahap Immortal 3.

Beberapa ejen Valorant juga menerima perubahan dalam kemas kini ini. Berikut adalah perubahan yang bakal diperkenalkan:

Raze

Boom Bot (C)

  • Damage (?)  maksimum dikurangkan 125 -> 80
  • Damage minimum dikurangkan 50 -> 30
  • Kos dikurangkan 400 -> 300

Killjoy

Turret (E)

  • Kesan ‘slow’ peluru berkurang dari 72.5% -> 29.5% (84.31% Penurunan)

Breach

Aftershock (C) kini memberi kesan kepada:

  • Killjoy Alarm Bot
  • Killjoy Nanoswarm
  • Killjoy Lockdown
  • Cypher Tripwire
  • Reyna Leer
  • Sage Barrier Orb
  • Sova Recon Bolt
  • KAY/O Zero/Point

Brimstone

Orbital Strike (X) kini memberi kesan kepada:

  • Killjoy Nanoswarm
  • Cypher Trapwire
  • Sage Barrier Orb
  • KAY/O Zero/Point

Sova

Hunter’s Fury (X) kini memberi kesan kepada:

  • Killjoy Nanoswarm
  • Cypher Trapwire
  • Sage Barrier Orb
  • Sova Recon Bolt
  • KAY/O Zero/Point

Selain itu, sistem Battle Pass juga menerima perubahan kecil yang akan membantu pemain melengkapkan Battle Pass mereka dengan cekap.

Pemain yang menaik taraf ke Battle Pass berbayar kini akan mendapat Bonus XP 3% ke arah peningkatan tahap.

Walaubagaimanapun, peningkatan XP tidak diaplikasikan untuk Daily Mission atau Weekly Mission.

VALORANT juga menerima penambahbaikkan terhadap sistem pengesanan AFK dalam mod Casual serta perubahan terhadap sistem rangkaian untuk permainan yang lebih stabil.

RELATED NEWS

+