“Kemasukan Valenz dan Garyy sememangnya membantu pasukan,”- Alice

Pengurus pasukan Orange Esports, Raz Ellysa Razali, atau lebih dikenali sebagai Alice menyatakan bahawa kemasukan Valenz dan Garry sememangnya membantu meningkatkan prestasi pasukan Orange Esports.

“Pada minggu awal MPL musim ke-9, kami tahu kami perlu berusaha lebih keras untuk cuba memenangi beberapa game walaupun ada banyak kekurangan yang memang sudah dijangka dalam pasukan.

“Sekiranya rezeki tidak menyebelahi kami atau kami perlu menghadapi losestreak, sekurang-kurangnya kami sudah ada persediaan mental dan meneruskan pelan seterusnya.

“Kemasukan Garyy dan Valenz sedikit lambat kerana mereka berdua perlu menghabiskan peperiksaan SPM terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi oleh MyGameOn.

Alice juga mengatakan bahawa dia tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk MPL musim ini kerana kebanyakan pemain Orange Esports pada musim ini baru pertama kali menyertai liga profesional ini.

“Bagi pihak pengurusan Orange Esports, melayakan diri ke pusingan playoff pun sudah mencapai sasaran kami,” katanya.

Dia juga sangat gembira dan berbangga dengan pemain Orange Esports kerana ini adalah kali pertama pasukan Orange Esports menjejakkan kaki ke pentas akhir MPL.

“Saya berbangga dengan kesemua pemain saya. Meskipun kami banyak pemain baru dan kurang pengalaman tetapi kami berjaya buktikan dengan usaha dan semangat tidak pernah putus, kami mampu berikan saingan yang hebat kepada pasukan lain,” katanya.

Orange Esports berjaya mengejutkan orang ramai selepas menjadi naib juara di MPL musim ke-9 sekaligus menempah tiket ke Piala Asia Tenggara MLBB (MSC_ 2022 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia.

RELATED NEWS

+