Kemenangan DRS Gaming di PMPL Asia Selatan dipertikaikan?

Pasukan DRS Gaming dari Nepal muncul juara bagi Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL Asia Selatan) semalam.

Dalam satu posting ringkas di Facebook, PUBG Mobile Esports mengumumkan kemenangan itu.

Namun, posting tersebut nampaknya tidak disenangi komuniti di rantau sana apabila ia menerima reaksi marah daripada netizen.

Beberapa netizen menulis komen yang pasukan Zeus dari Mongolia yang layak bergelar juara kerana DRS Gaming dituduh teamup dengan skuad senegara, Skylightz Gaming.

DRS meraih keseluruhan 273 mata manakala Zeus di belakang dengan perbezaan dua mata sahaja. 

Kemenangan DRS seterusnya melayakkan mereka ke kejohanan Peace Elite Asia Invitational (PEI 2021) bersama-sama Zeus.

RELATED NEWS

+