Kempen Blessed Quest: Kolaborasi Codashop x myBurgerLab bersama Genshin Impact

Bersempena dengan HoYo FEST: Genshin Impact, Codashop bersama-sama myBurgerLab disertai Genshin Impact akan menyambut festival ini di myBurgerLab, MyTOWN.

Satu pertandingan bakal dianjurkan oleh Codashop bagi menyambut festival Genshin Impact iaitu Codashop Blessed Quest.

Setiap pengunjung boleh menyertai pertandingan ini dan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah seperti 68,000 Genesis Crystal terkumpul, baucar makanan myBurgerLab dan pelbagai lagi.

Dua pempengaruh dan cosplayer dikenali ramai Josette dan Nessarose juga bakal menyertai acara ini.

Josette akan menyertai acara ini pada Sabtu 4 Disember jam 12 tengahari sehingga jam 3 petang dan Nessarose pula akan menyusul pada Ahad 5 Disember pada waktu yang sama.

Codashop Blessed Quest

Jadi apa yang perlu anda buat untuk menyertai Codashop Bless Quest?

1. Anda perlu mencari dan mengambil gambar bersama cosplayer.

2. Imbas QR kod yang ada yang minta kod rahsia daripada para cosplayer.

3. Masukkan maklumat dan muat naik gambar anda!

Hadiah yang bakal dimenangi:

  • 10 kemasukan pertama setiap hari akan memenangi 2,240 Crystals bernilai RM129.90
  • 100 kemasukan pertama akan memenangi 120 Genesis Crystals bernilai RM6 
  • Baucar makanan digital myBurgerLab (terhad kepada 110 orang sehari)

 

Forbidden Ration Burger Edisi Terhad dari myBurgerLab 

Pihak MyGameOn juga berterima kasih kepada Codashop dan myBurgerLab kerana memberi kami Forbidden Ration Golden Chicken Burger untuk dirasa.

Burger ini mengambil inspirasi dari Genshin Impact dengan roti arang ditambah dengan ayam goreng buttermilk sedikit mentega Truffle ditambah dengan jeruk, nachos dan satu sos rahsia yang sesuai untuk makanan kecemasan sama seperti Paimon!

Air yang didapati juga dipanggil Celestial Shower Icy Blue Mint Tea yang direka khas oleh @leafwater.tea.

Burger yang sangat menggiurkan ditambah pula dengan minuman yang begitu segar!

Jangan lupa untuk sertai HoyoFest dan Codashop Blessed Quest di myBurgerLab MyTOWN nanti pada 4 dan 5 Disember ini!

Maklumat lanjut boleh didapati di lama sesawang myBurgerLab.

#Codashop #CodashopBlessedQuest #GenshinImpact #myBurgerLab

RELATED NEWS

+