Terdapat satu kempen boikot yang dijalankan oleh sesetengah pemain Genshin Impact.
Namun boikot itu gagal begitu sahaja apabila Zenless Zone Zero mencatatkan lebih RM450 juta dalam bulan pertama dan permainan video HoYoverse lain seperti Genshin Impact dan Honkai: Star Rail masih menjadi antara gacha paling banyak menjana kewangan.
Boikot itu dilakukan kerana tuduhan terhadap HoYoverse yang mengatakan pengambilan guna budaya tidak sesuai atau tidak dapat diterima dan ‘whitewash’ di mana karakter-karakter baharu Genshin Impact berkulit putih walaupun inspirasi karakter itu daripada negara orang berkulit gelap.
Petisyen dibuat oleh pemboikot dan menjana 104,000 tandatangan tetapi jumlah ini tersangatlah kecil jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan pemain Genshin Impact.
Majoriti orang yang memboikot pula bukanlah antara negara yang paling ramai bermain Genshin Impact iaitu Amerika Syarikat.
Akaun itu juga mengatakan kekurangan karakter berkulit gelap di dalam Genshin Impact.
Boikot yang dilakukan oleh mereka langsung tidak memberi kesan kepada hasil pendapatan HoYoverse.
Lebih menghairankan apabila boikot ini dibuat tetapi orang-orang yang memboikot tidak berhenti bermain permainan video HoYoverse.
Menurut Gacha Revenue, Zenless Zone Zero mencatatkan RM450 juta untuk gabungan server China dan Global.
Bagi Honkai: Star Rail pula mereka berjaya mencatatkan RM181 juta untuk kedua-dua server.
Bagi Genshin Impact pula berjaya mendapat RM303 juta bagi kedua-dua server.
Bulan lepas sahaja ketiga-ketiga permainan ini memberikan pulangan kepada HoYoverse dengan peningkatan lebih 23%.
Apa yang anda rasa apabila pendapatan HoYoverse masih meningkat walaupun pemain mengatakan ramai orang yang memboikot.
Jumlah pemboikot juga tersangatlah sikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan pemain game HoYoverse.