Baru-baru ini, streamer di Twitch memulakan kempen memboikot siaran sebagai cara untuk menuntut tindakan daripada Twitch berkenaan isu ‘hate raid’. Berdasarkan data yang diterima, kempen boikot ini sama sekali memberi kesan negatif terhadap trafik di laman streaming itu."> Baru-baru ini, streamer di Twitch memulakan kempen memboikot siaran sebagai cara untuk menuntut tindakan daripada Twitch berkenaan isu ‘hate raid’. Berdasarkan data yang diterima, kempen boikot ini sama sekali memberi kesan negatif terhadap trafik di laman streaming itu." /> Baru-baru ini, streamer di Twitch memulakan kempen memboikot siaran sebagai cara untuk menuntut tindakan daripada Twitch berkenaan isu ‘hate raid’. Berdasarkan data yang diterima, kempen boikot ini sama sekali memberi kesan negatif terhadap trafik di laman streaming itu." />

Kempen boikot Twitch menjejaskan kadar tontonan

Baru-baru ini, streamer di Twitch memulakan kempen memboikot siaran sebagai cara untuk menuntut tindakan daripada Twitch berkenaan isu ‘hate raid’. Berdasarkan data yang diterima, kempen boikot ini sama sekali memberi kesan negatif terhadap trafik di laman streaming itu.

Menurut firma analitik Gamesight, jumlah siaran dan penonton pada waktu tengah hari adalah lebih rendah lapan hari sebelum kempen boikot #ADayOffTwitch iaitu September 1.

Imej dari: Gamesight Analytics

Graf di bawah menunjukkan trend penonton serta saluran yang aktif pada waktu tertentu. Garisan merah menunjukkan jumlah penonton, manakala garisan biru menunjukkan jumlah saluran aktif.

Dari segi angka, 14,000 saluran Twitch tidak aktif antara Ogos 31 dan September 1, dan lebih kurang sejuta jam kandungan yang tidak disiarkan berbanding minggu sebelumnya.

Penganalisis Zach Bussey menerangkan konteks pada angka-angka ini tetapi mendapati bahawa akhirnya #ADayOffTwitch memberi impak kepada kadar tontonan di Twitch. Bussey mengutarakan sebab-sebab lain dalam penurunan kadar penonton seperti kehilangan selebriti Twitch termasyur seperti DrLupo dan TimTheTatman yang mana kedua-dua persona ini sudah berhijrah ke YouTube.

Bussey juga menyatakan bahawa faktor “Back To School” yang mana pelajar sudah kembali ke sekolah juga meyumbangkan kepada penurunan drastik ini.

Walaupun dengan kedua-dua faktor itu, Bussey mendapati bahawa pada September 1, platform siaran itu mengalami penurunan penonton sebanyak 5% hingga 15%, tanpa mengira faktor luaran.

Maka, jelas nyatalah bahawa pengguna Twitch amat berang dengan kekurangan alat untuk menangani isu ‘hate raid’, lebih-lebih lagi bagi pengguna dari kaum minoriti. Setakat ini, Twitch sudah membuat pengumuman mengenai alat seperti pengesanan pengelakan ban pada peringkat saluran dan juga penambahbaikan akaun, tetapi pengkritik mengatakan perubahan ini tidak akan berlaku secepat mungkin.

TAGS

RELATED NEWS

+