Kenapa Bane berada dalam meta? Ini penjelasannya

Hero Bane tidak disangka-sangka menjadi kembali relevan di dalam meta. Dahulunya,fighter ini tak mempunyai kemampuan hebat biarpun ulti sudah direka kembali. Peratusan penggunaan di mod rank mahupun klasik masih lagi rendah.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Bane menerima buff yang agak besar di mana kedua kuasanya ditukar kepada magic. Bagaimana perubahan ini memberi kesan?

Ia boleh disaksikan dalam MPL Malaysia musim ketujuh, di musim liga sekarang.

Pada minggu lepas, dalam perlawanan RSG MY ke atas Red Esports, kuasa Bane ditunjukkan yang mana hero ini sangat berkesan melawan dua mage

Bane mempunyai kuasa dengan cooldown yang rendah tapi kuasa serangannya besar.

Selain itu, hero ini juga mempunyai scaling damage yang lebih bagus kerana kuasa serangan hibrid. Kuasa Shark Bite (pasif) dan Crab Claw Cannon boleh mengenakan serangan fizikal manakala Rum dan ulti, Deadly Catch adalah magic damage

Meta baharu ini bagaimanapun seperti tidak ada counter play yang jelas apabila berlawan dengan Bane. Ini kerana ultinya yang mengenakan damage instant sangat tinggi dan sukar untuk mengelak jadi penggunaan dua mage agak kurang sesuai jika berdepan Bane kerana nyawa mereka rendah dan boleh one hit KO sahaja.

Oleh itu, item seperti Clock of Destiny menaikkan nyawa dan mana manakala Holy Crystal adalah sangat penting untuk Bane. Lightning Truncheon juga membuatkan Bane lagi gagah dalam teamfight.

RELATED NEWS

+