Kenapa Geek Fam masukkan Feekz? Ini jawapan Amoux

Keputusan Geek Fam MY untuk memasukkan dua pemain senior, Dominus dan juga Feekz (akhirnya) menunjukkan mereka komited ingin memenangi perlawanan ke atas pasukan ranking tertinggi di kumpulan B, Suhaz EVOS pada minggu kelima MPL MY musim ketujuh.

Bercakap kepada penulis, jurulatihnya, Ariff Iswandi (Amoux) mengatakan ia adalah ‘sneak peak’ sahaja.

“Kami nak kasi ‘sneak peak’ yang mereka (Geek Fam) sedia untuk mendominasi arena bila perlu dan menunjukkan kami ada banyak strategi untuk main (Feekz hanya di game pertama sahaja).

“Ia juga adalah satu amaran kepada pasukan lain yang kami ada strategi tersembunyi untuk dimainkan jika ada yang memandang rendah,” katanya.

Ketika ditanya kenapa Heyden belum dimasukkan, kata Amoux, pemain Indonesia itu sebenarnya senjata rahsia disimpan lama. 

“Mungkin ramai dah lihat pemain Geek Fam sebenarnya multi-role (Artz pernah tank, Maima pernah offlane, Panda pernah core) jadi ia akan membuatkan pasukan lain lagi bingung andai kata Heyden akan masuk lineup.

“Lilbee pula adalah pemain yang mana semua orang tak kenal kemampuannya termasuk kami. Seorang pemain muda yang meningkat naik seiring pengalaman dan masa,” katanya.

Amoux juga berharap minggu ini sama seperti minggu lain iaitu menikmati perlawanan dan menambah baik mutu persembahan.

“Musim liga adalah tempat bereksperimentasi sebab playoff yang sebenarnya penentuan untuk buat yang terbaik,” kata Amoux.

RELATED NEWS

+