Kenapa Mobile Legends begitu popular di Malaysia?

Mobile Legends Bang Bang sudah semestinya antara permainan mudah alih paling popular di Malaysia.

Apa yang membuatkan Mobile Legends sangat popular? Apa yang membezakan Mobile Legends dengan permainan MOBA yang lepas?

Mengapa Mobile Legends begitu popular sehingga mengubah landskap e-sukan di negara ini?

1. MOBA yang mesra newbie

Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) selalunya mempunyai kadar pembelajaran yang sangat tinggi dan tidak semua orang suka apabila perlu belajar semua mekanisme, item dan hero-hero yang sangat rumit untuk difahami.

Mobile Legends berjaya membuat konsep ini menjadi mudah untuk semua orang. Dengan mempermudahkan permainan, ramai orang dapat bermain permainan ini.

Pengawalan untuk Mobile Legends juga mudah dan lebih mesra peranti mudah alih.

Permainan Mobile Legends juga membantu anda untuk membeli item-item yang ada dan mengurangkan lagi jurang kesusahan untuk mula bermain.

Apabila mudah untuk dimain, sesuatu permainan itu akan mudah untuk menarik minat pemain untuk mencuba.

Walaupun Mobile Legends dianggap mudah untuk dimain, tetapi dengan kemas kini yang makin lama memperbaiki lagi kemudahan ini.

Mobile Legends juga tidak lari dari learning curve. Lagi banyak anda bermain lagi banyak anda akan belajar mengenai mekanisme Mobile Legends.

2. Kemudahan akses

Mengikut Statista, Malaysia mempunyai seramai 31.76 juta pengguna peranti mudah alih atau peranti pintar. Penggunaan ini juga akan lebih meningkat lagi untuk masa akan datang.

Tidak semua orang mempunyai konsol mahupun PC untuk bermain permainan video. Mobile Legends memberi peluang untuk lebih ramai orang mencubanya.

Selain itu, Mobile Legends pula tidak memerlukan speksifikasi telefon yang begitu tinggi jadi lebih ramai orang mencubanya. Kemudahan akses ini juga menunjukkan peningkatan pemain di seluruh Asia Tenggara.

Mengikut activeplayer.io, Mobile Legends mempunyai seramai 80 juta pemain bulanan dan 9 juta pemain setiap hari.

3. Masa bermain yang pendek

Jika anda pernah bermain Dota 2 anda pasti akan tahu betapa lamanya satu permainan Dota 2 itu.

Permainan boleh menjadi di antara 45-60 minit. Bayangkan pula anda kalah setelah bermain pusingan yang begitu lama.

Mobile Legends pula berjaya memendekkan permainan ke 20-30 minit sahaja. Anda boleh bermain Mobile Legends pada masa rehat tengahhari, berehat dari bekerja dan malah boleh bermain semasa kesesakan trafik (tidak disyorkan).

Masa bermain pula sangat ringkas, hanya 10-20 minit.

4. Memberi anda peluang untuk menjadi kompetitif

Mobile Legends Ranks Explained

Dengan adanya Ranked Games di dalam Mobile Legends lebih ramai orang bermain untuk meningkatkan lagi Rank untuk ke Rank lebih tinggi.

Dari Warrior ke Mythic Glory nyata memberi anda satu kepuasan apabila anda berjaya menaikkan rank anda ke rank lebih tinggi.

Tidak lupa juga anda boleh melihat hero apa yang anda selalu menang.

Selain dari boleh menunjuk kepada rakan-rakan, hal ini akan menaikkan dan membina komuniti di antara pemain Mobile Legends.

5. E-sukan di Malaysia

MPL MY Season 7 and the Hunt For Malaysia's Next Esports Personality Has  Begun

Tidak lupa dengan MPL yang menjadi antara pertandingan terbesar untuk Mobile Legends dan mengubah landskap e-sukandi negara ini.

Pertandingan kecil mahupun besar berjaya menarik ramai pemain-pemain baru tidak kira umur. 

Begitu ramai streamer-streamer popular di Malaysia bermula dengan penstriman Mobile Legends dan boleh dikatakan kemunculan Soloz, Fredo dan ahli pasukan Team Saiyan memulakan legasi sebagai pemain profesional.

Malah di Facebook Gaming menunjukkan begitu banyak sekali orang strim Mobile Legends.

Selain itu, pemain profesional bertanding juga mencipta identiti dan berjaya mendapatkan ramai pengikut yang mengikuti perjalanan karier mereka.

6. Pemasaran dan juga komuniti streaming yang hebat

Siapa sahaja yang pernah melihat iklan-iklan Mobile Legends di Youtube yang kadang-kadang tidak masuk akal dan begitu kelakar.

Mobile Legends tidak terlepas dengan iklan-iklan yang menarik minat orang ramai terutamanya di Malaysia.

Malah pihak Moonton sendiri menggunakan artis-artis terkenal di Malaysia untuk mempromosi Mobile Legends seperti Bring it On All Star Show tahun lepas.

Tidak lupa dengan streaming. Dunia penstriman sudah menjadi satu kegilaan dan antara cita-cita anak muda di Malaysia.

Melihat para streamer yang berjaya dan juga memberi inspirasi untuk berjaya dengan bermain Mobile Legends nyata banyak menarik minat orang ramai di seluruh Malaysia mahupun seluruh Asia Tenggara.

Jadi lebih ramai orang cuba untuk menceburi Mobile Legends. Walaupun ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya, tetapi komuniti Mobile Legends di Malaysia terus membangun dan menjadi lebih besar.

Kesimpulan

Akhir kata, Mobile Legends: Bang Bang boleh dikatakan datang tepat pada masanya ketika tahun 2016 dahulu.

Ketika itu, peranti mudah alih membangun untuk menjadi sesuatu yang sangat diguna pakai oleh rakyat Malaysia maka tidak hairanlah Mobile Legends menjadi popular dalam masa singkat.

Adakah Moonton berjaya mendapatkan formula kejayaan MOBA di peranti pintar?

Apa pendapat anda? Apa lagi sebab Mobile Legends popular di Malaysia.

RELATED NEWS

+