Kenapa Nitr0 berhenti main VALORANT? Ini jawapannya

Nitr0 adalah seorang pemain CSGO yang berpindah ke VALORANT untuk bermain dengan 100 Thieves pada musim tahun lepas. Pasukan ini tidak berjaya untuk menempah tempat di VALORANT Champions Tour 2021 selepas tewas menentang Cloud9 Blue di North America Last Chance Qualifier (LCQ).

Dia kini sudah kembali ke pasukan lamanya di arena kompetitif CSGO bersama Team Liquid. Ini sebab mengapa Nitro meninggalkan VALORANT dan pulang ke CSGO.

Menurut temubual bersama Dexerto, Nitr0 ingin kembali ke arena kompetitif CSGO kerana ia menawarkan acara yang lebih gempar seperti CSGO Major.

Ia juga mengingatkannya tentang zaman kegemilanganya dimana pasukannya, Team Liquid, dinobatkan juara untuk kejohanan seperti Intel Grand Slam Season 2, Intel Extreme Masters XIV Chicago dan ESL One: Cologne 2019.

Kekalahan mereka di tangan Cloud9 Blue di LCQ juga memberi impak kepada keputusan beliau untuk bersara dari VALORANT walaupun ia bukan punca utama.

Sewaktu itu, Team Liquid juga sedang merombak barisan pemain yang memberi peluang keemasan untuk Nitr0 pulang ke pangkuan pasukan lamanya itu.

Sumber rujukan: Dexerto

RELATED NEWS

+