Kenapa Saiful sebagai jurulatih boleh ‘turun’ jadi pemain? Ini jawapan Moonton

Pasukan Homebois mula mendapatkan momentum mereka kembali semalam apabila Saiful bermain kembali sebagai roamer menggantikan Xpdea.

Sebelum ini, Saiful bertindak sebagai jurulatih pasukan Homebois dan ramai di antara peminat yang musykil bagaimana Saiful boleh bermain sedangkan peranan dia adalah sebagai jurulatih sahaja.

Pihak Moonton mengesahkan isu ini kepada kami. Menurutnya, jurulatih boleh bertukar peranan sebagai pemain oleh kerana mereka termasuk dalam salah satu barisan pemain yang aktif.

“Jurulatih boleh digunakan untuk menjadi seorang pemain kerana mereka adalah sebahagian dari barisan pemain yang aktif di dalam sesebuah pasukan. 

“Menurut peraturan 5.2.2, pemain atau ketua dibenarkan/boleh bertanding untuk satu pasukan yang mereka sudah ada persetujuan bersama,” ujar wakil Moonton.

Maka tidak hairanlah bagaimana Saiful masih boleh bermain sebagai roamer untuk pasukan Homebois sewaktu menentang Team Lunatix semalam.

Dalam temubual kemenangan menentang Team Lunatix 2-1 semalam, Saiful menerangkan alasan dia kembali bermain kerana Chibi memanggilnya untuk bermain semula bersama pasukan.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+