Epic Games Store. Nampaknya ramai pemain PC (bukan tahap bangsawan) berpeluang untuk mencuba permainan yang dahulu dianggap “pembakar PC”."> Epic Games Store. Nampaknya ramai pemain PC (bukan tahap bangsawan) berpeluang untuk mencuba permainan yang dahulu dianggap “pembakar PC”." /> Epic Games Store. Nampaknya ramai pemain PC (bukan tahap bangsawan) berpeluang untuk mencuba permainan yang dahulu dianggap “pembakar PC”." />

Keperluan sistem Crysis Remastered diumumkan, tidak akan ‘meletupkan’ PC marhaen

Crytek telah menyenaraikan keperluan sistem Crysis Remastered di Epic Games Store. Nampaknya ramai pemain PC (bukan tahap bangsawan) berpeluang untuk mencuba permainan yang dahulu dianggap “pembakar PC”.

Berikut adalah spesifikasi minima Crysis Remastered:

OS: Windows 10 64-bit
CPU: Intel(R) Core(TM) i5-3450 / AMD Ryzen 3
GPU: NVIDIA GeForce GTX 1050 TI /AMD Radeon 470
Memori GPU: 4GB pada resolusi 1080p
RAM: 8GB
Storan: 20GB
DirectX 11

Berikut adalah spesifikasi disyorkan pula:

OS: Windows 10 64-bit (kemaskini terkini)
CPU: Intel(R) Core(TM) i5-7600k atau lebih tinggi / AMD Ryzen 5 atau lebih tinggi
GPU: NVIDIA GeForce GTX 1660 TI / AMD Radeon Vega 56
Memori GPU: 8GB pada resolusi 4K
RAM: 12GB
Storan: 20GB
DirectX 11

Jelas sekali pemain PC yang masih menggunakan komputer berusia lebih daripada dua atau tiga tahun juga boleh menikmati Crysis Remastered.

Walaubagaimanapun, ia semestinya harus dimain pada tetapan rendah. Versi remastered ini mempunyai banyak penambahan grafik baharu seperti ray-tracing yang tetap memerlukan kuasa pemprosesan grafik yang tinggi.

Crysis Remastered akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada 18 September ini. Versi Nintendo Switch telah dilancarkan pada bulan Julai.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+