Keperluan spesifikasi PC Cyberpunk 2077 akan diperincikan pada masa depan

Maklumat lanjut mengenai keperluan spesifikasi PC Cyberpunk 2077 akan dikongsi oleh CD Projekt Red pada masa depan. Mereka telah mengumumkan spesifikasi minima dan spesifikasi disyorkan pada minggu lepas tetapi ramai pemain PC tidak berpuas hati.

Marcin Momot, Ketua Komuniti Global di CD Projekt Red, menjanjikan maklumat terperinci mengenai spesifikasi PC untuk Cyberpunk 2077 akan dikongsi pada tarikh yang lebih dekat dengan pelancaran permainan tersebut.

Pada minggu lepas, CD Projekt Red hanya berkongsi maklumat asas mengenai keperluan spesifikasi PC seperti CPU, GPU, RAM, dan lain-lain. Mereka tidak menyatakan tahap prestasi yang ditujukan seperti resolusi dan kadar bingkai.

Berikut adalah keperluan spesifikasi minima dan spesifikasi disyorkan untuk Cyberpunk 2077 yang dikongsi oleh CD Projekt Red pada minggu lepas:

Cyberpunk 2077 menonjolkan teknologi pencahayaan ray-tracing dan banyak lagi ciri grafik hebat. Oleh itu, maklumat yang lebih tepat diperlukan supaya pemain PC dapat bersedia bermain dengan tetapan sesuai untuk permainan tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+