Kerajaan Turki haramkan Roblox ada dasar eksploitasi kanak-kanak

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kerajaan Turki secara sah telah mengharamkan Roblox di dalam negara mereka.

Keputusan ini dibuat kerana kebimbangan eksploitasi kanak-kanak dan kontroversi yang muncul disebabkan Roblox.

Perundangan ini dibuat hanya lima hari selepas kerajaan Turki mengharamkan Instagram dan dibuat oleh Penguatkuasa Informasi dan Teknologi Komunikasi Turki.

Antara kembimbangan mereka adalah masalah eksploitasi seksual dan pengharaman ini dibuat untuk mengekang masalah pedofilia yang selalu dikaitkan dengan Roblox.

Masalah seterusnya adalah Robux yang memberi peluang untuk kanak-kanak tersebut masuk ke kegiatan bermasalah dan juga perjudian.

Menurut Menteri Undang-Undang Turki, Yilma Tunc, beliau mengatakan Roblox mempunyai kandungan yang boleh membawa kepada eksploitasi kanak-kanak.

Roblox juga telah mengeluarkan kenyataan kepada BBC mengatakan mereka sedang berusaha untuk mengembalikan Roblox di Turki.

 

RELATED NEWS

+