Kerana ganjaran ulangtahun pertama yang mengecewakan, peminat Genshin Impact ‘mengamuk’

Baru-baru ini, pembangun Genshin Impact, miHoYo terpaksa berhadapan dengan rating yang rendah di Google Play Store apabila peminat permainan RPG itu meluahkan rasa tidak puas hati selepas menerima ganjaran ulangtahun yang cukup mengecewakan berbanding permainan gacha yang lain. 

Ganjaran yang diberi oleh miHoYo adalah cuma 10 Interwined Fate bersamaan 10 summon, 80k mora, 18 Mystic Enhancement, dan Hero’s Wit.

Jika dibandingkan dengan jumlah bermain selama setahun hanya mendapat 10 summon adalah sangat sedikit.

Hal ini berikutan pembangun, miHoYo, bagaikan tidak mengetahui ulangtahun permainan itu, melalui emel dalam permainan, selain emel sambutan hari lahir Ayaka, yang kebetulan berlaku pada hari yang sama.

Peminat mula menggunakan pelbagai platform media sosial seperti Reddit dan Twitter untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka selepas pembangun permainan dari China itu bagaikan tidak mengambil endah akan kekecewaan mereka.

Mereka juga memenuhkan ruang sembang di Discord rasmi dan forum dengan stiker Qiqi.

Selain itu, mereka juga memberikan rating yang sangat rendah, selain memberi reviu negatif atau ‘review bombing’ kepada permainan itu. Buat masa ini, rating permainan itu berada di 2.8 mata.

Buat masa ini, masih tiada tindakan yang diambil oleh pihak miHoYo untuk meredakan kemarahan peminat ini. Genshin Impact merupakan permainan gacha yang menerima rating yang sangat tinggi sebelum isu ini berlaku. 

Ada peminat cuma mendapatkan jawapan melalui laman reddit Genshin Impact, juga tiada respon rasmi daripada pihak pembangun.

 

Nampaknya, kemarahan mereka tidak akan berkesudahan dalam masa terdekat ini. 

Sumber: GamingonPhone

RELATED NEWS

+