“Kesalahan Todak adalah melepaskan hero yang kami selesa gunakan,” – RRQ Clayy

Kekalahan Todak di tangan RRQ Hoshi semalam dengan skor 0-3 memberikan impak yang besar kepada kita semalam.

Setakat ini, mereka belum pernah menang setiap kali bertemu RRQ. Namun begitu, mereka masih mampu untuk menewaskan pasukan Filipina seperti Omega Esports dan itu membuktikan pasukan Todak bermain dengan semakin baik.

Clayy iaitu salah seorang pemain dari RRQ Hoshi mengungkapkan kepada media tentang kesalahan terbesar Todak. Menurutnya, Todak banyak melepaskan hero kegemaran pasukan RRQ Hoshi dan itu menjadi salah satu faktor mereka menang dengan selesa.

“Saya fikir kesalahan Todak adalah mereka memberikan hero-hero yang selesa kami gunakan. Contohnya saya boleh main Yve dan Skylar menggunakan Beatrix,” ucap Clay kepada pemberita selepas perlawanan.

Clayy juga tidak menyangka akan menewaskan pasukan Todak dengan skor tanpa balas.

“Sebenarnya saya tidak sangka dapat menewaskan Todak dengan skor 3-0, kerana sewaktu Kejohanan Dunia M3 yang lalu, kami menang 3-1,” tambahnya.

Pasukan Todak jatuh ke lower bracket dan mereka harus menewaskan pasukan Falcon Esports dari Myanmar untuk mara ke peringkat seterusnya. 

MSC 2022 akan berlangsung hingga Ahad, mengumpulkan 12 pasukan terbaik MLBB di Asia Tenggara.

Sebanyak AS$300,000 (RM1.32 juta) menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding.

Siaran langsung boleh disaksikan di Facebook dan Youtube Mobile Legends: Bang Bang.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+