Ketidakpercayaan EA punca ‘kematian’ MMO Harry Potter.

Siapa sangka Harry Potter yang merupakan francais yang penuh dengan jutaan peminat tidak mendapat kepercayaan dari Electronic Arts (EA) pada awal tahun 2000 dahulu.

Mungkin semasa itu EA masih belum percayakan Harry Potter mampu menjadi francais yang sebesar sekarang.

EA pernah hampir membuat Massively Multiplayer Online Game (MMO) Harry Potter malah pernah membuat permainan video tersebut sehingga beta.

Hal ini diberitahu oleh bekas pekerja EA sendiri iaitu Kim Salzer yang bekerja untuk EA semasa awal tahun 2000-2003.

Temuduga ini dilakukan oleh The Real Brandolorian di laman Twitch-nya.

“Kami telah membuat semua penyelidikan, malah telah membina beta dicampur dengan kombinasi dalam dan luar talian di mana kami akan menghantar email kepada kanak-kanak untuk hadiah seperti riben dan sebagainya.”

“Kami juga sangat yakin dengan francais ini tetapi EA sedang menghadapi beberapa perubahan dan tidak percayakan Harry Potter mampu bertahan lebih lama untuk setahun atau dua tahun.”

Dengan kedatangan Hogwarts Legacy berkemungkinan besar inilah versi MMO yang kita akan dapat.

Hogwarts Legacy adalah permainan video dunia terbuka RPG dalam dunia Harry

EA berkemungkinan besar sebenarnya terlepas satu peluang yang sangat besar.

Boleh dikatakan EA telah membuat satu keputusan yang layak dipersoalkan.

RELATED NEWS

+