Fortnite, selepas mencatatkan angka luar biasa untuk pemain harian, kali ini rekod baru pula dicipta untuk keuntungan harian di peranti pintar. Power!
Pada 13 Julai lepas, pemain seluruh dunia membelanjakan kira-kira $3 juta dalam sehari. Rekod ini mengalahkan rekod sebelumnya pada $1.9 juta yang dicatatkan pada pelancaran musim 4 pada 1 Mei lepas.
Pada waktu antara 15 Mac (Fortnite dilancarkan di peranti pintar) dan akhir musim pada pada 11 Julai, pemain membelanjakan kira-kira $1.2 juta, menurut laporan dari Sensor Tower Store Intelligence.
Pada pelancaran Musim 5 pada 13 Julai pula, perbelanjaan harian meningkat kepada $2 juta. Ini merangkumi 12% peningkatan dari 10 hari sebelumnya dan 19% peningkatan bagi perbelanjaan harian dalam tempoh sama.
Setakat ini Fortnite di peranti pintar hanya dilancarkan di iOS. Tetapi, ia dah pun mencipta fenomena dengan mencatatkan $100 juta dalam masa 90 hari dan terus meningkat, menewaskan pesaingnya iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds (yang mempunyai dua kali ganda muat turun) dari segi keuntungan.
Sumber: gamesindustry