King of Fighters 15 akan tiba di pelbagai konsol dan PC

SNK Global mengumumkan King of Fighters 15 akan dilancarkan di pelbagai konsol dan PC pada tahun hadapan dan peminat teruja dengan berita ini.

Walaupun tiada tarikh pelancaran rasmi, permainan ini dijangka akan dilancarkan sekitar suku pertama 2022.

KOF 15 akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Siri X|S, Windows 10, Steam dan Epic Games Store. Ini adalah langkah positif untuk siri ini yang mana kali terakhir muncul di konsol ialah pada 2011. 

Lebih-lebih lagi, kini sudah sedekad sejak King of Fighters dilancar kanuntuk multi platform pada hari pertama. Sebelum ini, KOF 14 dilancarkan khas untuk PlayStation 4 pada 2016 sebelum tiba di Windows dan arked Jepun pada 2017. Sebelum itu, KOF 13 tiba di arked Jepun pada 2010 sebelum tiba di PlayStation 3 dan Xbox 360 pada tahun berikutnya. 

Peminat teruja mengenai pelancaran di konsol Xbox pada hari pertama kerana ini adalah pertama kali King of Fighters dilancarkan di Xbox sejak sekian lama. 

Berita ini menggembirakan peminat di Twitter kerana kali ini SNK tidak melupakan Xbox.

Dengan berita pelancaran KOF 15 akan dilancarkan di semua konsol dan PC pada hari pertama, peminat siri merasakan akhirnya  seluruh keluarga KOF bersama buat kali pertama. 

Selain itu, peminat juga bertanyakan kemungkinan untuk KOF 15 boleh dimainkan secara rentas platform. Namun, walaupun masuk akal, tetapi pihak SNK masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai hal ini. 

Hanya masa menentukan sama ada KOF 15 akan dilancarkan dengan ciri itu. Mungkin kita akan mengetahui tentang keupayaan rentas platform pada trailer watak yang akan ditayangkan esok

RELATED NEWS

+