Kingdom Hearts 3 bakal menemui peminat tidak lama lagi. Untuk mengekalkan keterujaan peminat tegar siri Kingdom Hearts, Square Enix bakal menyiarkan tiga trailer Kingdom Hearts 3."> Kingdom Hearts 3 bakal menemui peminat tidak lama lagi. Untuk mengekalkan keterujaan peminat tegar siri Kingdom Hearts, Square Enix bakal menyiarkan tiga trailer Kingdom Hearts 3." /> Kingdom Hearts 3 bakal menemui peminat tidak lama lagi. Untuk mengekalkan keterujaan peminat tegar siri Kingdom Hearts, Square Enix bakal menyiarkan tiga trailer Kingdom Hearts 3." />

Kingdom Hearts 3: Utada Hikaru & Skrillex Nyanyi Lagu Tema Baru Dalam Trailer Sinematik

Setelah menunggu lebih dari 10 tahun, Kingdom Hearts 3 bakal menemui peminat tidak lama lagi. Untuk mengekalkan keterujaan peminat tegar siri Kingdom Hearts, Square Enix bakal menyiarkan tiga trailer Kingdom Hearts 3.

Trailer pertama ini memberi sedikit sedutan pembukaan sinematik untuk game ini dan memperkenalkan lagu tema kedua bertajuk ‘Face My Fears’ didendangkan oleh Utada Hikaru dan Skrillex. Korang boleh tengok Sora bersama-sama pelbagai karakter Disney lain sambil dengar lunak suara Utada Hikaru dengan campuran muzik electronic Skrillex:

Utada Hikaru bukan nama asing dalam Kingdom Hearts kerana beliau juga menyanyikan lagu tema bertajuk Simple & Clean untuk Kingdom Hearts 1 dan Sanctuary dalam Kingdom Hearts 2. 

Siri Kingdom Hearts mempunyai sejarah lama iaitu game berbentuk aksi hack n’ slash yang memfokuskan kisah Sora bersama Mickey Mouse, Donald Duck dan Goofy masuk ke dunia Disney seperti yang paling terbaru untuk Kingdom Hearts 3 adalah karakter Big Hero 6, Wreck-It-Ralph dan Frozen serta menggabungkan karakter dari Final Fantasy juga.

Bagi mereka yang teringin untuk menghidupkan kembali memori indah siri game ini, korang boleh dapatkan Kingdom Hearts: The Story So Far yang mempunyai kompilasi untuk kandungan utama game ini: Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 Remix dan Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue khas di PlayStation 4.

Kingdom Hearts 3 bakal dilancarkan pada 29 Januari 2019 di PS4 dan Xbox One.

RELATED NEWS

+